Cekelats

"cekelats" menghasilkan coklat dengan menggunakan coklat jenama SELBOURNE yang mana rasanya sedap kerana kandungan koko yang tinggi, di mana rasanya setanding dengan coklat2 mahal yang lain. yang paling penting, ianya HALAL. coklat yang dihasilkan juga menggunakan kaedah 'European Style'. Harga coklat juga bergantung pada jenis coklat ( coklat real atau coklat compound), kuantiti, filling/ganache dan box yang digunakan.

Khamis, 15 April 2010

resepi menarik

ari2 bukak blog Homechoc... dalam blog dia byk resepi psal coklat best2...byk gak info psal coklat kat lam blog tu...

mula2 dulu pon nak gi coklat puan Rahimah ni tp kelas beliau asik penuh aje...jadi menuntut aje dari blog dia...hehehe time kasih yer puan Rahimah sb benarkan saya mencuba resepi2 di blog puan :)

Isnin, 12 April 2010

Kelas Bersama Umi







ari sabtu aritu saya ke kelas coklat bersama umi, mula2 panggil akak tp umi ckp panggil umi... umi selesa dengan panggilan "umi" hee... masa tu hujan lebat sgt, alhamdulillah selamat sampai dan sampai pon sharp kol 10am depan umah umi...hehehe anak2? anak2 hubby ler jaga...hehehe... TQVM my hubby :)






ni antara coklat yang sempat saya amik gambar, lain2 x sempat sebab dah kena "ngap" hehehe
ape pon time kasih kat Umi sb ajar saya buat coklat ni..hehehe dan dapat berkenalan dengan kak zaharah, kak lin dan kak zalina :)






Rabu, 10 April 2002

KEBAIKAN COKLAT

Coklat selama ini dianggap sebagai makanan junk yang tidak mempunyai nilai pemakanan malah boleh memudaratkan kesihatan badan. Oleh yang demikian, kajian-kajian telah dijalankan bagi mendapatkan fakta sebenar. hasil daripada kajian-kajian tersebut telah membuktikan beberapa kenyataan berkaitan kebaikan dan khasiat coklat.


Coklat Bukan sahaja sejenis makanan yang berkhasiat tetapi juga menyumbang kepada pemanan seimbang berdasarkan kepada asas pemakanan berikut :

  • Lemak merupakan 35% pengambilan tenaga secara purata

  • protien kira-kira 15% daripada pengambilan tenaga

  • Karbohidrat kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga

Maka coklat boleh menyubangkan :-

  • 15% Lemak


  • 6% Protien


  • 17% Karbohidrat


  • 15% Tenaga


  • ++ Vitamin dan mineral yang diperlukan



Lemak koko dalam coklat mengandungi 38.2% asik oliek iaitu sejenis lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolestrol di dalam darah.

Sementara asik sterik iaitu asid lemak tepu yang terkandung di dalam lemak koko pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolestrol.

Melalui kajian yang dijalankan, didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasien dan asid oksalik.

Tannin aialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut. Asid yang terhasil daripada proses pemecahan makanan oleh bakteria merupakan punca kerosakan gigi. Plak adalah sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria.

kasein didalam coklat susu pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid. Kasien juga membantu dalam pertumbuhan gigi.

Asid oksalik merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.

Lemak koko yang merupakan bahan asas di dalam coklat mempunyai ciri-ciri kecairan yang membolehkan ia mudah cair didalam mulut. pertumbuhan plak gigi terhalang kerana coklat tidak tersimpan lama di dalam mulut

coklat dan serbuk koko mengandungi phenol sejenis bahan kima yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung. phenol bertindak dengan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbang arteri.

Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi di dalam bentuk mudah dan padat. oleh itu, ia amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti ekspedisi pendakian, bersukan serta aktiviti-aktiviti rekreasi yang lain. coklat merupakan bekalan makanan mudah yang boleh dimakan bila-bila masa dan di mana jua.

Sejumlah besar koko yang dinikmati dalam bentuk coklat, lazat rasanya dan mengandungi kebaikan semula jadi. Secara perbandingan, sekeping coklat susu mengandungi lebih kandungan protien berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah. sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama.

Kajian telah membuktikan bahawa coklat mengandungi khasiat makanan yang seimbang.

Sumber: Facts On Health and Nutrition For Educators dan Health Profesionals, Chocolates Manufactures Association of the USA.